Hye peeps!
Akhirnya, mahu sahaja aku lari golek-golek satu dunia ni. Setelah seminggu filem ni ditayangkan, baharulah aku dapat nonton. Ada aje halangannya dan finally! Rabu lepas aku berjaya jugak menontonnya walaupun hampir-hampir tak dapat tiket dan aku terpaksa duduk di BARISAN PALING HADAPAN ya, aku ulang BARISAN PALING HADAPAN! Ko ada? Tapi tak kisahlah, demi OMBAK RINDU aku rendahkan martabatkan aku (Eh! Hello... Selama ni aku tengok wayang TAK PERNAH duduk depan-depan ok!).
Jujurnya, since dapat tahu yang OMBAK RINDU ni akan difilemkan aku sungguh tak sabar nak menyaksikan macam mana novel hebat karya Fauziah Ashaari ni dilakon layarkan. Membaca bait tulisan OMBAK RINDU sahaja mampu meruntun emosi, apatah lagi kalau ianya difilemkan.OMBAK RINDU ni juga antara novel favourite aku and antara novel terawal yang berada dalam koleksi novel aku yang mencecah ratusan itu. Jadi, memanglah aku tersangatlah tidak sabar nak menyaksikan filem OMBAK RINDU ni.
OMBAK RINDU ternyata tidaklah mengecewakan di tangan pengarah terkenal Osman Ali. Apatah lagi dengan gandingan teraju utama Aaron Aziz sebagai Hariz, Lisa Surihani sebagai Mila Amylia dan tentunya Maya Karin sebagai Izzah. Gandingan mereka cukup berkesan walaupun pada mulanya, aku rasakan Maya Karin sangatlah tidak sesuai untuk watak Izzah tu, tapi bila melihat lakonan beliau ternyata tak salahlah Maya Karin dipilih sebagai Izzah.
Secara tuntasnya, cerita ini berkisah tentang Izzah yang dijual oleh pakciknya dan kemudiannya diselamatkan oleh Hariz. Mereka berkahwin secara senyap kerana Izzah nak hubungan yang halal. Akhirnya mereka sama-sama jatuh cinta dan everything goes well sampai Mila tunang Hariz kembali ke Malaysia. Ibu Hariz yang mahu menjodohkan mereka berdua walaupun Hariz dah tawar hati. Tapi mereka berkahwin juga akhirnya sebab Hariz terpaksa. Satu hari tu Hariz telah accident sebab mengejar Izzah yang ternampak adegan mesra dia dengan Waffiya; kawan si Hariz. Masa Hariz accident tu pulak, ibu Hariz yang jahat nak mampus tu tak bagi Izzah melawat Hariz dan dengan kejam dia halau Izzah. Lepas dah halau, dia taburkan fitnah cakap Izzah ni macam-macam. Dahla Hariz ni percaya dan gantung si Izzah ni tak bertali. Tapi akhirnya Pak Dollah (Ayah Hariz yang sebenar) bukak rahsia yang Hariz tu sebenarnya anak angkat dan cakap si Izzah ni tak bersalah. Mila pulak dah tahu rahsia ni, mula sedar yang Hariz memang tak cintakan dia dan di undur diri. Hariz pulak berjaya pujuk Izzah dan mereka berdua bersatu.
Pada aku, semuanya cukup cantik dalam garapan Osman Ali. Walaupun OMBAK RINDU versi filem ini tidaklah mengambil seratus peratus naskah OMBAK RINDU yang asal dan ada jugak beberapa plot yang telah diubah, filem ini tetap mampu meruntun jiwa. Ada part yang buat anda ketawa, rasa saspen dan paling best ada part yang mampu membuatkan anda menangis (Ya! Aku jugak menangis ok!). Sinematografinya juga cukup cantik dan menarik. Latar kawasan yang dipilih cukup menarik dan indah serta mampu membuatkan anda leka melihat babak demi babak yang terjadi. Aku paling suka scene kat Vila Ombak. Cantik-Cantik semuanya.
Lakonan Maya Karin, Aaron Aziz dan juga Lisa Surihani juga boleh dipuji. Maya ternyata mampu membawa watak Izzah dengan baik, begitu jugak dengan Aaron yang cukup hebat menjadi Hariz dan tidak kurang Lisa yang mampu membawa kelainan dalam watak Mila. Bagi aku, apabila menonton filem ini pastinya sesiapa yang belum menatap OMBAK RINDU akan berlari-lari mencari naskah OMBAK RINDU tersebut. Secara keseluruhannya, aku boleh bagi LIMA BINTANG...
Sempat jugak aku bergambar dengan Zul ( Tukang paksa aku tengok citer ni merangkap tukang bawak jugak.. hehe.. Thanx Zul!)
"Redha itu ikhlas, ikhlas itu pasrah." - Mila Amylia
Thursday, December 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)