Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu Buat Aku Menangis! Erk...

Hye peeps!
Akhirnya, mahu sahaja aku lari golek-golek satu dunia ni. Setelah seminggu filem ni ditayangkan, baharulah aku dapat nonton. Ada aje halangannya dan finally! Rabu lepas aku berjaya jugak menontonnya walaupun hampir-hampir tak dapat tiket dan aku terpaksa duduk di BARISAN PALING HADAPAN ya, aku ulang BARISAN PALING HADAPAN! Ko ada? Tapi tak kisahlah, demi OMBAK RINDU aku rendahkan martabatkan aku (Eh! Hello... Selama ni aku tengok wayang TAK PERNAH duduk depan-depan ok!).

Jujurnya, since dapat tahu yang OMBAK RINDU ni akan difilemkan aku sungguh tak sabar nak menyaksikan macam mana novel hebat karya Fauziah Ashaari ni dilakon layarkan. Membaca bait tulisan OMBAK RINDU sahaja mampu meruntun emosi, apatah lagi kalau ianya difilemkan.OMBAK RINDU ni juga antara novel favourite aku and antara novel terawal yang berada dalam koleksi novel aku yang mencecah ratusan itu. Jadi, memanglah aku tersangatlah tidak sabar nak menyaksikan filem OMBAK RINDU ni.

OMBAK RINDU ternyata tidaklah mengecewakan di tangan pengarah terkenal Osman Ali. Apatah lagi dengan gandingan teraju utama Aaron Aziz sebagai Hariz, Lisa Surihani sebagai Mila Amylia dan tentunya Maya Karin sebagai Izzah. Gandingan mereka cukup berkesan walaupun pada mulanya, aku rasakan Maya Karin sangatlah tidak sesuai untuk watak Izzah tu, tapi bila melihat lakonan beliau ternyata tak salahlah Maya Karin dipilih sebagai Izzah.

Secara tuntasnya, cerita ini berkisah tentang Izzah yang dijual oleh pakciknya dan kemudiannya diselamatkan oleh Hariz. Mereka berkahwin secara senyap kerana Izzah nak hubungan yang halal. Akhirnya mereka sama-sama jatuh cinta dan everything goes well sampai Mila tunang Hariz kembali ke Malaysia. Ibu Hariz yang mahu menjodohkan mereka berdua walaupun Hariz dah tawar hati. Tapi mereka berkahwin juga akhirnya sebab Hariz terpaksa. Satu hari tu Hariz telah accident sebab mengejar Izzah yang ternampak adegan mesra dia dengan Waffiya; kawan si Hariz. Masa Hariz accident tu pulak, ibu Hariz yang jahat nak mampus tu tak bagi Izzah melawat Hariz dan dengan kejam dia halau Izzah. Lepas dah halau, dia taburkan fitnah cakap Izzah ni macam-macam. Dahla Hariz ni percaya dan gantung si Izzah ni tak bertali. Tapi akhirnya Pak Dollah (Ayah Hariz yang sebenar) bukak rahsia yang Hariz tu sebenarnya anak angkat dan cakap si Izzah ni tak bersalah. Mila pulak dah tahu rahsia ni, mula sedar yang Hariz memang tak cintakan dia dan di undur diri. Hariz pulak berjaya pujuk Izzah dan mereka berdua bersatu.

Pada aku, semuanya cukup cantik dalam garapan Osman Ali. Walaupun OMBAK RINDU versi filem ini tidaklah mengambil seratus peratus naskah OMBAK RINDU yang asal dan ada jugak beberapa plot yang telah diubah, filem ini tetap mampu meruntun jiwa. Ada part yang buat anda ketawa, rasa saspen dan paling best ada part yang mampu membuatkan anda menangis (Ya! Aku jugak menangis ok!). Sinematografinya juga cukup cantik dan menarik. Latar kawasan yang dipilih cukup menarik dan indah serta mampu membuatkan anda leka melihat babak demi babak yang terjadi. Aku paling suka scene kat Vila Ombak. Cantik-Cantik semuanya.

Lakonan Maya Karin, Aaron Aziz dan juga Lisa Surihani juga boleh dipuji. Maya ternyata mampu membawa watak Izzah dengan baik, begitu jugak dengan Aaron yang cukup hebat menjadi Hariz dan tidak kurang Lisa yang mampu membawa kelainan dalam watak Mila. Bagi aku, apabila menonton filem ini pastinya sesiapa yang belum menatap OMBAK RINDU akan berlari-lari mencari naskah OMBAK RINDU tersebut. Secara keseluruhannya, aku boleh bagi LIMA BINTANG...

Sempat jugak aku bergambar dengan Zul ( Tukang paksa aku tengok citer ni merangkap tukang bawak jugak.. hehe.. Thanx Zul!)


"Redha itu ikhlas, ikhlas itu pasrah." - Mila Amylia

Tuesday, November 22, 2011

24 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Umur 24...

Hey Peeps!

Sedar-sedar tak lama lagi umur aku nak masuk 24 tahun. Wut??? Nak masuk 24 dah?? OMG! What I'm gonna to do?? Ceh! Poyolah kau Azrin handsome! Tapi seriously, memang gusar jugak lah bila usia makin meningkat ni.. Hmm (letak tangan kat dagu sambil mata pandang ke atas)...

Tiba-tiba terfikir pulak kat kepala otak aku yang bergeliga lagi pandai ni nak buat checklist. Atau  lebih tepat lagi, 24 PERKARA yang perlu aku lakukan sebelum BERUMUR 24 TAHUN. Ala-ala macam goal in my live lah. Meh kita tengok sama-sama...

1. Menggengam segulung IJAZAH SARJANA MUDA - Ok, yang ni coming soon!
2. Dah ada KERJA sendiri - Ok, ni pun coming soon!
3. Bawak mama dan walid pegi HOLIDAY dengan DUIT SENDIRI - Belum lagi...
4. Ada LESEN MEMANDU FUL ok! - Hahaha.. Ada lesen motor je. Itupun P! Ahaks...
5. Ada KERETA SENDIRI. At least MYVI takpun Proton Saga FL. - Takda pun. Ada moto Honda ex5      je. ahaks.
6. Dah guna BLACKBERRY TORCH takpun BLACKBERRY BOLD. - Dalam mimpi je! Ahaha
7. Ada MACBOOK PRO atau MACBOOK AIR - Ni pun dalam mimpi je!
8. Dah pergi MELANCONG ke PULAU PANGKOR, PULAU TIOMAN dan pulau-pulau lain. - Ok. Berangan aje ni.
9. Jadi PENULIS NOVEL. - Ok yang ni pun tak capai target...
10. Jadi TOP 5 student's kat kelas aku - Yang ni? Agaknya dah kut. Erk, ke belum?
11. Boleh IMAMKAN Solat - Hmm... InsyaALLAH boleh kut.
12. JEMAAH kat surau setiap waktu MAGHRIB dan ISYA' - No komen!
13. Ada RM 5 K dalam AKAUN SIMPANAN. - Ahaha... RM 50 pun takde!
14. Ada KOLEKSI JAM TANGAN PELBAGAI WARNA - Takde jugak. Ada 3 pasang jam aje!
15. Nak KURUS or ada NICE BODY SHAPE - Working on it!
16. Ada koleksi 30 HELAI BAJU KEMEJA untuk pergi mengajar - Tak kira pun koleksi yang ada.
17. Ada koleksi T-Shirt or outfit yang ALA-ALA K POP - Setakat ni ada dua, tiga helai aje.
18. Nak pakai beg TOPMAN takpun Zara - Huh! Mampu ke?
19. Ada MAKWE takpun KEKASIH - Hahaha... I'm SINGLE beb!
20. Nak KAHWIN - Ahaha! Merepek!
21. Ada 24 orang KOLEKSI KEKASIH - Sumpah! Yang ni tipu aje!
22. Punya SEPASANG anak KEMBAR - Merepek lagi!
23. Pergi tengok KONSERT DATO SITI NURHALIZA - Ok! Walaupun aku peminat setia beliau, tapi aku LANGSUNG TAK PERNAH pergi ok!
24. Makan kat VICTORIA STATION - Ahaha.. Lapar!!


Ok... Itulah sedikit sebanyak TO DO LIST aku sebelum berumur 24 tahun. Aku rasa, tak sampai separuh pun daripada perkara tu aku dah buat. Hohoho... Jadi, senarai korang pulak macam mana?

Lelaki Seperti Aku...

Hai korang!

Entri kali ni khas didedikasikan or tribute to my favourite song's LELAKI SEPERTI AKU. Lagu kiut miut yang dinyanyikan oleh Aliff Satar inilah yang telah menjadi inspirasi untuk aku membuka belog aku ni. So, untuk pengunjung-pengunjung blog aku yang paling comel ni, meh aku nak kongsi lagu kesukaan aku ni...

Lelaki Seperti Aku

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Ni video clip lagu ni pulak... Tapi versi GADIS SEPERTI AKU by Shila... Comel sungguh budak nie... (^_^)









Yeah! My 1st Entry!

Ehem... Ehem...  Assalamualaikum Semua...

Dengan izin ALLAH S.W.T maka terlahirnya BELOG BARU aku yang cun melecun and bergaya ni.phewittt yang tak seberapa ni. Sebenarnya, dunia blog ini bukanlah dunia yang baru bagi aku. Aku dah mula berblog sekitar tahun 2009 itu semenjak ada LAPTOP dan BROADBAND CELCOM yang terchenta ni walaupun sekarang ni makin lembab!. Waktu tu memang aktif giler lah. Banyak jugak kenalan yang aku temui and waktu tu juga akan bergitu aktif berinteraksi dengan penulis-penulis novel kegemaran aku. Oh! Lupa nak cerita, tujuan asal buat belog dolu-dolu sebab nak interact dengan penulis-penulis aje, tapi tup-tup sonok pulak. Tu yang jadi makin aktif tu. Tapi dek kerana kemunculan MUKABUKA or FACEBOOK ni, aku semakin melupakan belog2 ni, nk update belog pun jadi malas. Tukar-tukar belog lah (tapi malas update). Last-last terbiar aje lah belog2 itu. Kasihan sama mereka...


Tapi semenjak dua menjak ni, teringin pula nk aktif berbelog macam dolu-dolu. Since kembar lain ibu and bapa aku Cik Timah a.k.a  Cik Adra Adlina telah membakar semangat aku untuk kembali berbelog ni, makanya terlahirlah LELAKI SEPERTI AKU ini. Thanks a bunch la kat kembar aku tuh sebab siap carikan layout yang comel and siap pasangkan lagi! Thanks Timah! Lap u! Hik3

Thanks jugak buat Aliff Satar sebab come out dengan lagu yang cukup aku gemari ni. Thanks Alep! Hehehe... Jadi begitulah sedikit sebanyak hikayat kisah aku yang tak seberapa nih. Harap-harap belog ini menjadilah! Amin!!!

Okay! Cukup dulu! Maka dengan lafaz Bismilllahirahmanirahim... Terasmilah LELAKI SEPERTI AKU di dunia maya ini...

p/s : TAHNIAH!!! Buat HARIMAU MUDA sebab berjaya mengalahkan GARUDA. Cayalah korang!!